Rabu, 27 April 2016

Cara Mencetak LukisanAutocad

Panduan Cara Mencetak Lukisan AutoCAD


Setelah kita selesai melakukan proses melukis dan mereka sebuah objek menggunakan AutoCAD, proses selanjutnya adalah mencetak gambar tersebut atau istilahnya print out, jika dalam istilah AutoCAD disebut plotting.

Sebenarnya cara mencetak gambar dari AutoCAD itu tidaklah jauh berbeza dengan mencetak file dari microsoft words,microsoft excell,powerpoint dan sebagainya. Hanya mungkin dialog box dan tetapannya yang sedikit berubah.

Setting plot sebelum mencetak gambar.

Sebelum melakukan proses mencetak / print out/ plot sebuah gambar maka kita akan dihadapkan pada plot dialog box yang berfungsi untuk kita melakukan proses tetapan, maka apa saja tetapan yang perlu kita ubah dalam plot dialog box tersebut.




Panduan Plotting Lukisan Autocad


  • Plot name : jenis/type/printer yang akan dipergunakan untuk mencetak gambar misalnya Epson Stylus Photo 360,cara ini juga bisa kita pergunakan untuk membuat file PDF dari gambar AutoCAD,coba buka kembali tulisan saya tentang cara merubah file dari AutoCAD ke PDF.
  • Papper Size : dalam kolom ini kita bisa melakukan settingan jenis dan ukuran kertas apa yang akan dipergunakan untuk mencetak gambar,misalnya A4,A3,A2,A1 dsb.
  • Plot Area : pada kolom plot area kita diberikan beberapa pilihan yaitu display,limits,extends dan yang teahir windows,secara umum kebanyakan menggunakan windows pada saat memilih plot area,jadi kita hanya memilih area tertentu saja yang akan kita cetak,kalau dalam microsoft word atau excell dinamakan plot selections.
  • Plot offset  : ini adalah pilihan buat kita untuk menentukan disebelah mana gambar akan kita cetak, samada posisi kiri, kanan atau tengah. Jika kita pilih untuk mencetak gambar tepat ditengah kertas yang kita siapkan maka kita tinggal melakukan check list pada kotak center the plot.
  • Plot scale : jelas sekali maksud dari tetapan ini, iaitu kita boleh melakukan skala pembesaran ataupun skala pengecilan,misalnya 1:1 maka gambar dengan benda ukurannya sama,dst.
  • Plot style table : pada bahagian ini kita boleh melakukan etapan khusus warna, ertinya kita boleh melakukan print out dengan warna sesuai dengan gambar di komputer, atau hanya hitam putih saja, kebanyakan yang dipergunakan adalah none bererti untuk mencetak gambar berwarna,dan monochrome untuk mencetak gambar menjadi hitam putih.
  • Drawing orientations : pada kolum ini kita melakukan tetapan terhadap arah kertas yang akan dipergunakan untuk mencetak gambar,dalam hal ini pilihannya ada iaitu landscape atau potrait.

Cara melakukan print gambar AutoCAD.

  • Klik plot dari file pada menu bar atau.
  • Klik ikon plotting pada toolbar,atau
  • Tekan Ctrl+P kemudian enter.
  • Lakukan tetapan seperti tersebut diatas.
  • Lakukan preview terlebih dahulu,jika ok maka klik kanan dan klik plot
  • Selesai.

Maklumat Tambahan

Penjelasan Autocad


AutoCAD digunakan oleh kebanyakan pereka atau jurutera Sivil, land developers, arkitek, jurutera mekanikal, pereka dalaman dan lain-lain.

AutoCAD hanya berfungsi pada sistem operasi Microsoft. Versi untuk Unix dan Macintosh sempat dikeluarkan tahun 1980-an dan 1990-an, tetapi kemudian tidak dilanjutkan. AutoCAD masih berfungsi di emulator seperti Virtual PC atau Wine.

AutoCAD dan AutoCAD LT tersedia dalam bahasa Inggris, Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol, Jepun, Korea, Rusia, Ceko, Polandia, Hongaria, Brazil, Portugal, Denmark, Belanda, Sweden, Finland, Norwegia dan Vietnam.

Memulakan Autocad 2010


 Membuka Program AutoCAD 2010


1.      Melalui Start Menu
Klik Start à All Programs à Autodesk à AutoCAD 2010





2.      Melalui Shortcut pada desktop komputer
Double Klik icon AutoCAD2010 pada desktop komputer.













Pengenalan Autocad 2010


AutoCad 2010 atau Automatic Computer Aided Design adalah program aplikasi computer yang digunakan untuk merekabentuk dan melukis gambar dalam bidang teknik dan merancang bangun yang mana ia dikembangkan oleh autodesk.




Papan Pemuka Program  Autocad 2010



Penampilan layar AutoCAD 2010 hampir sama dengan tampilan AutoCAD 2009. Command-command yang digunakan juga masih sama. Pengguna AutoCAD tidak sepatutnya takut dengan munculnya versi-versi terbaru dari AutoCAD.

Jika penguna sudah memahami perintah-perintah yang terdapat pada AutoCAD sebelumnya maka tentu tidak terlalu keliru lokasi toolbar yang diinginkan untuk melakukan suatu ommand, tetapi cukup dengan klik perintah-perintah di command line (command prompt).

Khamis, 21 April 2016

HOME


Blog ini merupakan satu perkongsian yang mungkin bermanfaat
kepada sesiapa sahaja dalam bidang arkitek dan kejuruteraan awam
terutamanya pelukis pelan senibina. Sharing is caring.....